Tuesday, December 14, 2010

Setulus Kasihmu...


Farah tersenyum melihat rakan-rakannya. “Ana asifah ya asdiqaat,”Farah cuba menggunakan bahasa Arab dengan sebaik mungkin. Rakan-rakannya hanya tersenyum. “Minah ni,suka sangat bahasa Arab.”Husna mencebik. “Eh,best apa bahasa Arab.”Farah tersengih. 

“Bagi awak senang la,tiap-tiap kali exam paper bahasa Arab dapat A plus. Kami ni ? Bukan setakat tak dapat A,tak lulus pulak tu !”Nora membebel. “Hahaa..kalau awak anggap bahasa Arab ni susah dari awal,memanglah akan jadi makin susah. Cuba anggap subjek tu senang. And bila tak faham sesuatu,terus tanya ustazah. Bukannya pendam,nanti jadi makin tak faham.”Panjang lebar nasihat Farah.

“Hah,dengar tu Nora !”Fatin yang happy go lucky itu menyampuk. Mereka berempat tergelak. “Okeylah,jom naik atas,”mereka berempat masuk ke dalam perpustakaan dan naik ke tingkat dua. Farah menekan butang “on” di laptopnya. Begitu juga Husna. Nora pula meminjam laptop DELL berwarna putih milik kakaknya. Fatin tidak membawa laptop. Dia selesa berkongsi laptop dengan Nora.

“Hmm… Saya nak buat kerja sikit. Kalau ada apa-apa,just tanya okey ?”Farah mengenyit mata kepada rakan-rakannya. Mereka tersenyum. Farah menyiapkan kerja sekolahnya manakala rakan-rakannya menyiapkan assignment yang perlu dihantar secara online. 

“Membazir elektrik betullah. Buat kerja lain,tapi on laptop. Kalau bayar guna duit bapak kau takpe jugak,”tegur seorang lelaki. Farah tersentak. Rakan-rakannya tiada. Mungkin ke tandas,fikir Farah. “Awak ni kenapa? Bukannya bayar bil elektrik guna duit awak. Lagipun saya perlu info daripada Internet untuk siapkan homework saya. Awak tu,takde kerja ke? Dok usha laptop orang. Buat malu agama je. Dah lah pakai kopiah.”Farah pula menyindir. 

“Ceh…aku ingatkan perempuan berjilbab labuh macam kau ni lemah lembut,tapi hampeh…”hati Farah panas mendengar kata-kata lelaki itu. “Habis awak tu? Rasulullah tak suruh umatnya kutuk-kutuk orang.”Lelaki itu tersenyum sinis. “Apa kes pulak ni? Kau tahu ke Rasulullah tu sapa?”Farah tersenyum.

Yes,I know him. He is my love,he is my guardian. He is syafi’inaLimaza bi enta ?”Farah menjeling tajam. Lelaki tadi terkedu. “Oh before that,could you please stand a little bit far away from me? Islam does not allow a girl and a man talking about things that is not important. Between us,there is,or maybe are something else.”Farah kembali memandang laptopnya.

“Hmm…okey,”kata-kata perempuan tadi membuatkan Muhaimin sedar. Dia tidak sepatutnya berbuat begitu. Muhaimin melangkah setapak. “Akhi,ana asifah. Ana tak bermaksud nak kecilkan hati enta.”Farah berasa bersalah pula. “La ba’sa ukhti. Syukran sebab ingatkan.”Muhaimin tersenyum manis. “Akhi,kan bagus kalau enta senyum macam tu. Taklah takut sangat ana tengok,”Farah sedikit bergurau. Muhaimin tergelak. 
“Kenapa? Aku garang sangat ke?”soalnya. “Tak garang,cuma kurang gula. Okeylah ek,syaitan tu sentiasa ada dengan kita. Tapi kita kena sentiasa ingat,Allah juga sentiasa bersama orang mukmin. Terpulang kepada kita untuk berada rapat dengan siapa. Dan sekarang,ana mintak kita dihindarkan daripada godaan syaitan.”Farah memberi tazkirah sekaligus berkias. “Oh…aku dah faham. Assalamualaikum,”Muhaimin memahami kiasan Farah. Farah tidak mahu mereka berbual kosong.

“Hoi Amin,kau ngurat budak tu ek?”Harith mengusik. “Ngurat tengkorak kau! Aku memang respect ah dia. Jaga ikhtilat woo..insaf aku dua saat.”Harith dan kawan-kawannya tergelak mendengar kata-kata Muhaimin. “Macam-macam lah kau ni Min.”Syurwani tersenyum.

“Waw Fafa! Bagus jugak awak sound budak tu. Dok usha laptop orang aje kerjanya. “Husna menepuk bahu Farah. Farah melatah. Badannya menjadi seperti cacing. Husna tergelak besar. Rakannya yang seorang itu mudah benar melatah.

**********************************************************************
Hari Sabtu datang lagi. Rutin hidup Farah seperti biasa,pergi ke perpustakaan dan pulang. Farah memegang fail dan buku-buku,ditambah dengan empat buah novel. Dia naik ke tingkat satu untuk menghantar novel dan meminjam novel lain. 

“Auchhh!”Farah memandang ke depan. Habis buku-buku yang dipegangnya jatuh. “Sorry sorry sorry!”kata Farah sambil menunduk memandang lantai. “Ish…jalan tak tengok depan.”lelaki itu membebel. “Sorry,”Harith hampir tergelak melihat muka perempuan di depannya.

“Awak nak saya buat apa? Saya akan buat apa saja,asalkan awak maafkan saya.”kata Farah,perlahan. “Hmm…apa-apa aje ek? Nama awak apa?”soal Harith.

“Farah. Farah Athirah.”Harith mengangguk mendengar jawapan Farah. “Saya Harith. Ahmad Harith.”

“Boleh saya pergi dulu?’wajah Farah semakin merah kerana malu. “Eh,saya tak kata saya dah maafkan awak. Satu aje lagi. Boleh bagi nombor telefon?”soal Harith. Farah serba salah untuk memberi. “Ambik sendirilah.”telefon bimbitnya diserahkan kepada lelaki itu. “Thanks ! “Harith mengenyit mata dan berlalu pergi.

Semasa sampai di rumah,ada mesej masuk.

‘Salam..sy Harith,yg td tu..igt lg x?’

Farah membaca SMS yang terpapar di skrin. Aduh… malasnya dia hendak menekan keypad,membalas mesej daripada seorang lelaki.

‘Wslm…limaza?’

Balas Farah,ringkas sahaja.

‘Sombong btul ar awk ni..’

‘Sombong ape lak?’

‘Huh..dh la..tkr topic,ok? ‘

Sejak itu,mereka kerap berSMS. Harith kerap bertanyakan tentang diri Farah. Rupa-rupanya Farah ialah rakan Facebooknya.

Beberapa hari yang lepas,Harith kerap menzahirkan rasa marahnya kepada Farah. Farah terkedu. Namun dia masih boleh sabar. Hubungan mereka tak sebaik dulu walaupun Harith telah meminta maaf. Selain Harith,Muhaimin juga menjadi tidak suka dengan Farah. Farah membiarkan sahaja kedua-dua lelaki itu. Entah kenapa Harith marah,Farah sendiri tidak tahu.

Farah hampir menangis membaca komen-komen Harith dan Muhaimin di status Facebooknya. Luka hatinya yang baru sahaja hendak pulih kembali luka. Tiba-tiba akaunnya terlog-out dengan sendiri. Tiga kali ia berlaku. Komen-komen Harith dan Muhaimin di status mahupun gambarnya,seperti membuktikan bahawa merekalah yang telah meng’hack’ Facebook Farah.

Ketika Farah hendak log-in buat kali ketiga,password akaunnya sudah ditukar. Dia terkedu. Dia menangis,menangis kerana dia menyangkakan Harith dan Muhaimin merupakan kawannya.

Tiba-tiba ada mesej masuk daripada Harith.

‘Sng keje ak,tkr pw org..hahaa..’

‘Hmm..thanks,’

‘Same2..’

‘Sy mmg x redha r dgn awk due org..’

‘Eh,awk..jgn r cm 2..rilex r..’

‘Rilex pe bndenye?’

‘Syg..rilexla..’

‘Npe dgn ko ni? Syg2 pulak..’

‘Jgn r cm 2..susah ak mti nnti..’
Farah tidak membalas mesej itu.

Atas nasihat Husna,dia membuat akaun baru. Rakannya tidak seramai dulu. Tiba-tiba ada satu chat message dari sesorang yang tidak dikenalinya.

Harith rupanya. Meminta maaf atas kesalahannya. Farah tersenyum.

Namun sejak kejadian itu,Harith dan Muhaimin selalu bergaduh. Masing-masing bercanggah pendapat. Farah menjadi mangsa keadaan.

Dia cuba melupakan segala-galanya. Namun hatinya sudah terpaut pada Muhaimin. Setiap kali mengalunkan Asma’ Allah di waktu pagi,dia hampir menangis. Tapi dia malu jika dilihat orang lain.

“Ya Allah…ampunkan hambaMu ini…aku tak sepatutnya menangis sebab teringatkan Muhaimin apabila mangalunkan Asma’Mu…” 

**********************************************************************

Hidup Farah sudah berubah hampir lima puluh peratus. Dia bukan lagi Farah yang dulu. Dia sekarang seorang senior,senior kepada ikhwan dan akhwat SHAMS yang baru masuk ke sekolah agama itu. Tugasnya sebagai pengawas cuba dilakukan sebaik mungkin.

Hari ini,mereka akan bertolak ke SMA Sultan Zainal Abidin Ladang. Ada taklimat program bagi Kem Kepimpinan Pengawas SMKA dan SMA Terengganu yang bakal diadakan di YT Midtown Hotel,Kuala Terengganu. Farah hanya berborak dengan rakan-rakannya semasa dalam bas. Senior-senior juga begitu.

Syed Hisyam,pengawas yang terlebih pandai itu dengan tiba-tiba menuju ke arah Farah. 

“Farah,betul tak jawapan yang Syam buat ni?”soal Syed Hisyam. Mereka berdua boleh dikatakan rakan karib. Namun batasan agama tetap dijaga. Ditambah pula dengan faktor,kedua-duanya pelajar pintar.

“Betullah tu.”jawab Farah pendek. Dia lebih rapat dengan rakan pengawas. Farah,Husna,Azam Asry dan Syed Hisyam,mereka rakan karib sejak tingkatan satu.

Jantung Farah berdegup hebat ketika sampai di SMASZA Ladang. Bimbang bertemu Muhaimin dan Harith. Tambahan pula.ramai pelajar SMAZA Ladang yang Farah kenali walaupun sekolah itu merupakan sekolah agama lelaki. Syurwani,Hafiz,Nik,Abang Nazirul,Abang Khairul Naim,Abang Firdaus,Abang Hazman dan Abang Fatthul Hanif. Nama-nama itu bermain-main di benak fikirannya. Empat jirannya,Syafiq,Haziq,Aidil dan Syed Salam juga bersekolah di situ.

Semasa mereka masuk ke dalam dewan itu,pengawas-pengawas SMASZA Ladang sudah duduk. Dia ternampak kelibat seseorang yang sangat dikenalinya. Muhaimin.

“Eh,Farah.”tegur seorang lelaki. Farah tersenyum nipis kepada Nazirul yang sudah berada di tingkatan empat. “Abang Zirul.” Nazirul tayang gigi. “Farah dah tengok dah,duduk kumpulan mana?”soal Nazirul kepada sepupunya. “Dah,Farah kumpulan A. Nak duduk kat mana ek?”soal Farah,agak manja dengan sepupunya itu.

“Sama group dengan abanglah kalau macam tu. Pergi duduk kat sana,tepi pengawas lelaki baju hijau tu.”jari telunjuk Nazirul menghala kepada Muhaimin. Wajah Farah pucat. “Muhaimin?”Nazirul memandang sepupunya. “Farah kenal ke Muhaimin?”soalnya. “Kenal sangat. Okeylah bang,see you later. Assalamualaikum,”Farah menghadiahkan sebuah senyuman dan berlalu pergi. Nazirul menjawab salam itu dalam hati.

Farah berjalan lambat-lambat. Tidak sanggup hendak duduk di tepi lelaki itu. Namun kakinya digagahkan menuju ke situ. Husna yang duduk agak jauh darinya tersenyum,memberi semangat kepada sahabatnya. “Eh,apasal duduk sini?”soal Muhaimin. Namun wajahnya berubah apabila melihat muslimat di tepinya.

Limaza akhi? Saya pun kumpulan A jugak,”suara Farah kedengaran sinis. Muhaimin terkedu. Dia mengangguk perlahan. Tidak ramai pun ahli untuk satu kumpulan,hanya tujuh orang. Seorang guru memberi taklimat tentang kem yang bakal diadakan esok.

Selepas solat Maghrib,peserta-peserta kem diminta kembali ke dewan seminar semula untuk tazkirah Maghrib. Nazirul dan Fatthul yang menjadi emcee. Nazirul menjemput Farah,sepupunya.

“Assalamualaikum. Kaifa halukum? Ma’a kullu antum bikhair. Alhamdulillahi Rabbana,Hafizna wa Khaliqna. Syukran lakuma ya akhi Nazirul wa akhi Fatthul,sebab jemput ana. InsyaAllah,hari ni ana akan sampaikan pesanan untuk antum,sohabiahiAsifah sebab ana tak ada tazkirah khas untuk antum.” Farah yang berdiri di tempatnya,tersenyum manis. Syurwani terpana. Kemahiran bahasa Arab gadis itu sangat baik. Lancar pula.

“Seperti yang kita tahu,all of us are prefects. Dan itu amanah buat kita. Amanah yang bakal dipersoalkan di Yaumul Hisab kelak. Sedarkah antum tentang itu? Amanah itu benda yang paling berat untuk dipikul. Tambahan pula,kita merupakan pengawas SMKA dan SMA. Nahnu mujahidin fi sabilillah. Kita berdiri bersama di atas nama jihad. Adakah antum melaksanakan tugas antum sebagai khalifatuLlah itu?”

Sebahagian pengawas yang tadinya bercakap,terdiam. Tertunduk menggadap meja yang berlapikkan pelapik berwarna maroon. Farah menyambung tazkirahnya.

“Ana nak tanya,siapa antara antum yang tahu hack akaun Facebook? Ana sendiri tahu.Tolong jawab dengan jujur,ikhwan wa akhwat. Tafsir-tafsir antum sendiri menjadi saksi. Jika antum tak mengaku,tunggulah kedatangan kitabuLlah itu,bukan untuk memberi syafaat,tetapi menuntut kesaksiannya.” Ada beberapa orang yang mengangkat tangan. Semuanya lelaki. Muhaimin mengetap bibir.
Asifah.mungkin ana bercakap mengikut emosi sebab akaun Facebook ana pernah di’hacked’. Tapi ni demi Islam. Ana tahu,ada antara antum yang hack Facebook orang lain semata-mata kerana marah,semata-mata kerana ingin menyakitkan hati dan memalukan orang lain. Ana sendiri pernah hack akaun Facebook orang. Bukan seorang,ramai. Ana cuma tak nak mereka dapat dosa. Ana tukar profile picture mereka. Tu pun lepas ana mesej diorang,then they still with the picture. Pernahkan antum terfikir untuk buat perkara tu? Ana tak kata,ana ni bagus,buat macam tu. Tapi gunakanlah pengetahuan antum tu lilislam. Tu aje yang ana nak cakap. Pegang kata-kata yang ana nak akan ucapkan ni. Al jihadu sabiluna,Ar Rasul qudwatuna,Al Quran dusturuna,Allahu ghayatuna. Sohib wa sohibah,segala yang baik itu datang daripada Allah,yang buruk itu datang daripada ana. Tapi hakikatnya,semuanya datang dari Allah tetapi disampaikan melalui satu kelemahan untuk ana,untuk menjadi pengajaran buat kita. Dan segala yang datang dari Allah,akan kembali kepada Allah. Semuanya pinjaman duniawi semata-mata. Yang mengikut kita sehingga ke liang lahad hanyalah bekalan amalan. Maut bakal menanti kita,banin dan banat. Hidup mulia atau mati sebagai syuhada.Wallahua’lam bissawab,assalamualaikum.” Farah duduk di kerusinya. Muhaimin memandang Farah. 

“Farah,lepas solat Isyak,aku nak cakap dengan kau kejap,boleh?” Farah hanya mengangguk.

Selepas solat Isyak,Muhaimin turun ke tingkat lima kerana hendak menemui Farah. Farah keluar setelah memakai jilbab. Muhaimin memandang wajah gadis di hadapannya. “Kau masih marahkan aku lagi ke pasal kejadian tahun lepas tu?”soal Muhaimin. “Tak lah. Saya dah lama lupakan perkara tu.”jawab Farah,jujur. “Habis tu kenapa kau macam tak puas hati dengan aku? Kenapa mesti sakitkan hati aku?”soal Muhaimin,seperti mendesak Farah.

“Siapa yang tak puas hati dengan siapa? Awak sedar tak,awak sebenarnya yang tak puas hati dengan saya. Awak luahkan perasaan sedih dan kecewa awak dengan saya. Tapi bila awak happy? Awak dengan suka hatinya marahkan saya,ejek saya. Awak ingat saya tak ada perasaan? Saya dah tak boleh percayakan awak. Awak tak hargai langsung kemaafan yang saya beri.”Farah menjeling tajam.

Dia sudah berterus-terang dengan Muhaimin,walaupun tidak semua isi hatinya terluah. Muhaimin merenung gadis di depannya. Wajahnya comel,persis adiknya yang meninggal dunia ketika umurnya dua belas tahun. Adiknya ketika itu baru berusia enam tahun. Wajah Farah childish. Begitu juga perangainya. Muhaimin menitiskan air mata.’ Humayra…kalau Mayra tahu perasaan abang sekarang ni,mesti Mayra sedih kan? Mayra,abang sayang Mayra…’ Muhaimin bermonolog.

“Kenapa menangis pulak?”soal Farah,perlahan. Muhaimin hanya tersenyum. “You remind me to my younger sister,arwah Humayra.” Dahi Farah berkerut. Air mata Muhaimin semakin deras mengalir. Wajah mereka berdua memang seiras. “Nah,”kata Farah lalu menghulurkan sapu tangan bergambar kartun yang berwarna putih dan pink. Muhaimin teragak-agak untuk mengambilnya. “Just take it,saya tak guna lagi.”beritahu Farah tanpa diminta.
Thanks,”Muhaimin tersenyum. “Farah,boleh bagi nombor handset?”pinta Muhaimin. Farah tertunduk. Bagi atau tidak? “Tak nak bagi pun takpe,”Muhaimin tersenyum hambar. “Bukan macam tu…hmm…ni nombor telefon saya,”Farah memberi sekeping kad berwarna pink kepada Muhaimin.

Hari Khamis itu,sekolah Farah amatlah bising kerana guru-guru mengadakan mesyuarat. Farah risau perkara tahun lepas akan berlaku lagi. Kejadian histeria yang membabitkan sembilan pejajar itu masih utuh di ingatannya. Dan saat itulah,baru dia sedar yang dia mempunyai kebolehan merasai kehadiran makhluk halus. Itupun seteleh diberitahu oleh Abang Karim, Kak Afifah dan Kak Dina,iaitu seniornya yang turut mempunyai kebolehan sama.

Farah berfikir. Mahu pergi atau tidak? Novel-novel yang dipegangnya dipandang. Mesej-mesej yang masuk dibaca. Kesian kawan-kawan aku kalau aku tak pergi, Farah bermonolog. Dia menukar pakaiannya. Jubah hijau muda,bercorak kotak-kotak kecil berwarna coklat,dipadankan dengan jilbab berwarna coklat. Dia mengambil beg Adidas yang berwarna coklat dan memasukkan laptopnya lalu masuk ke dalam kereta. Pak Mahmud yang sedang membersihkan cermin kereta memandang anak majikannya. Dia terus masuk ke dalam kereta. Bukannya dia tidak tahu mana destinasi Farah pada hari Sabtu.

“Thanks Pak Mahmud !” Farah tersenyum manis. Pak Mahmud membalas senyuman itu. Toyota Harrier berwarna hitam itu meluncur pergi keluar dari perkarangan perpustakaan. Farah memilih untuk masuk ke dalam lif berbanding memanjat tangga.

Pintu lif terbuka. Farah memandang di dalamnya. Penuh dengan banin,desis hatinya. “Eh,jual mahal. Tak nak naik lif dengan kita,”lelaki-lelaki di dalam lif tergelak. Farah mengetap bibir. Geram dengan kata-kata lelaki itu. Dia berjalan cepat-cepat menaiki tangga. Dia duduk di sisi Husna. Syed Hisyam memandang ke arah lain. Azam Asry pula tersengih seperti kerang busuk.

Mereka menyiapkan kerja sekolah mata pelajaran bahasa Arab. “Syam,yang tu bukan kena guna mufrod ke? Kan ke jumlah fi’liyyah tak boleh guna fi’il musanna atau jama’ kat depan?”soal Farah apabila ternampak buku Syed Hisyam. Syed Hisyam memandang kerjanya. “Ahh…damn !”bisik Syed Hisyam namun masih boleh didengari oleh Farah yang berada di depannya. “Apa?”soal Farah.

“Hergh…takde pape. Just go on with your works,”Syed Hisyam mencebik. Farah memandang rakannya. Kenapa dengan Syed Hisyam ? Dia berfikir . “I think I know why !”Farah tersenyum sendiri. “Syam…kenapa banyak sangat salah ni?”soal Farah,hairan dengan Syed Hisyam. Syed Hisyam mengeluh. “Sini nak betulkan,”buku bahasa Arab Syed Hisyam ditarik. Jawapan yang salah dipadam dan diganti dengan jawapan yang betul.

“Syam jealous pasal kem bahasa Arab hari tu kan? Sorry eh,Farah tak teringat kat Syam masa tu. Takde niat pun nak berlagak hebat depan Syam. Sorry eh?”Syed Hisyam tersengih apabila Farah meminta maaf. Setelah siap kerja sekolah,masing-masing menekan butang on pada laptop dan melayari internet. Kedengaran suara lelaki ketawa di bahagian tepi. Farah memandang kumpulan lelaki itu. Matanya bertemu sepasang mata milik Muhaimin. 

“Eh,aku nak pergi kat Farah kejap.”Muhaimin menuju ke arah Farah. Dia duduk di sebuah kerusi di tepi Farah. Farah terpana. “Tengah buat apa?”soal Muhaimin. “Saja-saja, internet.”jawab Farah. “Sape ni?”soal Azam. “Hmm…ni Muhaimin. Muhaimin,ni Husna,Azam and Hisyam.”Syed Hisyam dan Azam tersenyum kepada Muhaimin. Muhaimin membalas senyuman itu. “Korang pun pergi jugak kan kem kepimpinan pengawas hari tu?”soal Muhaimin. Mereka bertiga mengangguk.

“Ehem…kau ni Min,tak ingat kawan dah ke?”soal Syurwani,separuh mengusik Muhaimin. Muhaimin tersengih. “Aku nak join kawan-kawan aku dulu.”Muhaimin bangun dan duduk bersama kawan-kawannya di meja lain. Matanya kerap kali curi-curi melihat Farah. Wajah comel itu kerap kali bermain di mindanya. “Min,kau ni angau eh? Tak sopan betullah curi-curi tengok anak dara orang macam tu.”Hafiz mengusik Muhaimin. Muhaimin hanya tersengih menahan malu. 

“Eh…aku lupa pulak. Sebenarnya aku nak tanya korang ni. Soalan math tapi silibus form one. Aku dah tak ingatlah.”Muhaimin memandang rakan-rakannya. “Sorry…aku takde spirit of study macam kau,so aku pun tak ingat.”Hafiz tayang gigi. “Ish kau ni…tahun ni PMR pun kau tak ambik kisah. Dah la bahasa Arab aku pun tak ingat dah apa yang kita belajar dulu.”Muhaimin mengeluh. “Ha Min,kau tanya la budak Farah tu. Dia form twokan?”Syurwani memberi cadangan. Muhaimin mengenyit mata kepada Syurwani. “Sawan betul kau ni Min.”Syurwani tergelak dengan tindakan Muhaimin.

Muhaimin berjalan menuju ke arah Farah. “Jap…betul gak kata Muhaimin. Kita dah nak PMR. Aku pun nak ikut Muhaimin lah. Aku nak pergi kat kawan dia tu.” Nik bangun dan berjalan bersama Muhaimin. Tindakan Nik diikut oleh semua kawannya. Farah dan kawan-kawannya terkejut apabila melihat Muhaimin dan kumpulannya mengerumuni meja mereka. “Farah,boleh mintak tolong tak?”Muhaimin tersengih. “Apa dia?”soal Farah. “Tolong ajar kitorang bahasa Arab dengan math,”Muhaimin tersengih lagi.

“Topik apa?”soal Syed Hisyam,memintas.

“Jumlah fi’liyyah,”

“Ismul isyaroh,”

“Angle,”

“Pembahagian jama’,”

“Adad wa ma’dud,”

“Algebraic expression,”

“Matter,”

Farah dan Syed Hisyam tercengang. “Silibus form one kan?” Muhaimin dan rakan-rakannya mengangguk mendengar soalan Farah. “Macam ni lah. Farah dengan Hisyam ajar bahasa Arab. Husna ajar Sains and Azam ajar math. Okey?” Farah memberi cadangan. Mereka bertiga mengangguk.

Husna dan Azam duduk di meja yang tadinya diduduki oleh kumpulan Muhaimin. Farah dan Syed Hisyam pula menjadi ustaz dan ustazah subjek bahasa Arab di meja kumpulan mereka. Naik jenuh juga mereka menjawab soalan-soalan daripada rakan-rakan Muhaimin.

“Thanks eh,Hisyam,Farah. Tapi kalau tak keberatan,boleh bagi nombor telefon korang tak?”pinta Nik. “Hmm…ni nombor telefon Syam. Kalau ada yang kena tanya Farah,abang Nik mintaklah nombor dia dengan Syam.”Syed Hisyam menyerahkan sehelai kertas yang telah ditulis nombor telefonnya. Farah menghadiahkan senyuman buat mereka. Syed Hisyam seorang kawan yang boleh diharap. Dia tidak akan sewenang-wenangnya memberi nombor telefon Farah atau Husna kepada lelaki lain.

**********************************************************************

Masa juga berlalu dengan pantas. Hari raya disambut dengan meriah oleh keluarga Farah. Namun kesedihan tetap ada kerana kakak Farah,iaitu Faizzah Athirah hanya pulang sekejap saja dari Rusia. Abangnya,Faris pula bakal bertolak ke Jepun bulan depan. Tinggallah Farah dan adiknya,Fahmi. Fahmi baru berada di darjah dua.

Suasana begitu meriah tatkala keluarga Encik Alwi dan Puan Kamariah mengadakan majlis rumah terbuka sekaligus kenduri kesyukuran kerana Faris berjaya melanjutkan pelajaran ke Jepun di kediaman mereka. Farah juga sentiasa tersenyum kerana agak ramai rakannya yang datang. 

Farah menggeliat setelah mendengar alarm handsetnya. Dia keluar dari bilik dan mahu mencari biskut. Perutnya menyanyi meminta untuk diisi. Dari atas,dia mendengar suara ramai orang di bawah. Dia cuba untuk mengintai. Muhaimin? Bermimpikah aku? Farah menggenyeh matanya. Dia berlari masuk ke dalam bilik. Mandi dan mengenakan jubah dan jilbab berwarna pink.

“Pinknya dia,”usik seorang wanita. Farah hanya tersenyum. Dia duduk di sisi umminya selepas bersalam dengan wanita tadi. Muhaimin memerhatikan perlakuan Farah. Tak hairanlah rijal boleh terpikat dengannya. “Budak,kau dah mandi ke belum?”soal Muhaimin. “Dah,kenapa? Smell something ke? Kalau ya,bukan saya ek…”Farah mencebik. “Amin, elok sangatlah buat perangai macam tu kat rumah orang.”Puan Rohani menjeling anaknya. Muhaimin hanya tersengih.

“Alah Kak Ani,tak kisah pun. Nanti Amin duduk sini jugak.”Puan Kamariah tersenyum. Farah tercengang. ‘Nanti Amin duduk sini jugak’ ? Mujur tidak pengsan Farah dibuatnya. Tinggal berjauhan pun bagaikan anjing dengan kucing,ini pula hendak tinggal serumah? Dia sudah tahu yang Pak Cik Zulkifli dan Mak Cik Rohani hendak pindah ke Selangor untuk dua tahun kerana Pak Cik Zukkifli masih terikat dengan kontrak kerja.

Farah,Fahmi,Puan Kamariah dan Encik Alwi menemani Muhaimin yang hendak mengambil keputusan PMR di sekolah. Farah agak segan untuk turun,maklumlah,pelajar sekolah itu semuanya lelaki. Namun setelah melihat beberapa orang banat berada di situ,dia turut keluar dari kereta. 

“Amin, dah ambik result?” soal Harith yang tersenyum lebar. Muhaimin mengangguk. “Alhamdulillah,aku dapat straight A’s. Kau pun mesti straight A’s jugak,kan?”Harith mengangguk mendengar soalan Muhaimin. “Aku ingat nak sambung belajar kat Institut Quran lah. Kau pulak?”Harith bertanya dengan ceria.

“Wah…aku doakan agar kau dapat. Aku nak mintak SMKA Sheikh Abdul Malek, abah aku suruh. Yalah,tak naklah susahkan kawan mak aku. Kebetulan anak dia pun sekolah tu.”Muhaimin juga ceria. “Yang kat sana tu ke?”Syurwani yang dari tadi membisu menyoal. Harith memandang ke arah yang ditunjukkan Syurwani. “Ha’ah. Tu anak perempuan diorang. Bukak sekolah nanti form three. Dengar khabar dia pun nak ke IQ jugak kalau result dia tahun depan elok.”

“Farah?” soal Harith. Muhaimin mengangguk.

“Adik-beradik dia semua bijak-bijak. Kakak dia,Izzah sekarang kat Rusia. Faris pulak kat Jepun” Muhaimin berkata tanpa dipinta. Kening Syurwani berkerut sedikit. “Jap,nama kakak dia Faizzah Hanim ke? Ambikcourse perniagaan? Second year kat sana?” soal Syurwani bertubi-tubi. Muhaimin mengangguk. “Kau kenal ke?”soal Muhaimin.

“Awek abang aku,Syazwan. Abang aku cakap lepas habis belajar nak masuk meminang.”Syurwani tersengih. “Pastu kau pulak dengan Farah. Eloklah tu,”usik Harith. Mereka ketawa kuat. Selepas berjanji akan bertemu sebelum masing-masing bertukar sekolah,mereka pulang bersama keluarga masing-masing. “Farah,kak Izzah ada pakwe ke?”soal Muhaimin yang duduk di sisi Farah. 

“Nak kata pakwe tu,bukanlah. Tapi diorang memang in a relationship. Kenapa? Takkan berkenan kat kak Izzah kot..” Farah tersenyum mesra. “Haish,takdelah. Kak Izzah tu cantik,tapi dah berpunya. Adik dia okey jugak..”Muhaimin mengusik. “Adik dia? Abang Faris ek? Or Fahmi?” Farah buat-buat tidak tahu. “Bukan abang Faris,Fahmi pun bukan. Nama dia,Farah.”Muhaimin masih setia menyakat Farah. “Habis tu Amira nak letak mana?”soal Farah. Dia cemburu sebenarnya.

“Banyaklah kau. Amira tu kawan aku,okey.”Muhaimin bersandar. “Saya pulak musuh awak,”sambung Farah dengan selamba. 

“Amin dengan Farah ni,tak sah kalau satu hari tak gaduh. Kita pergi makan dulu lah. Nak pergi mana ni?”soal Puan Kamariah yang duduk di tepi Encik Alwi yang sedang memandu Toyota Harrier berwarna hitam itu. “KFC !”sebut mereka serentak. Muhaimin mencebik.

“Kita pergi KFC kat Giantlah,ummi nak shopping sikit ni. Pastu kita pergi Kamdar or somewhere else,baju sekolah tak beli lagi.”Farah dan Muhaimin hanya mengangguk. Fahmi sudah lena di bahu Farah.

Tertekan! Itulah perkataan yang sesuai untuk Farah. Senior-senior memintanya menyampaikan surat kepada Muhaimin. Jika diikutkan hatinya,tong sampahlah tempat warkah-warkah itu. Namun apabila difikirkan yang ia sebenarnya amanah,surat itu sampai juga kepada Muhaimin. “Tak padan dengan sekolah agama.”Farah bermonolog.

Farah mengambil keputusan untuk tetap menjadi pemimpin di sekolah lamanya. Dia sayangkan jawatan pengawas yang dipegang. 

**********************************************************************

Rijal itu memandang kaki langit. Dia rindukan seseorang. Mereka tidaklah berada sejauh Jordan dengan Malaysia,tetapi kesibukan menghalangnya untuk berjumpa gadis itu. Dia mengeluh. Kenangan-kenangan indah bersama gadis itu kukuh bermain di benaknya.

Akhi,teringatkan buah hati kat Malaysia ke?”usik Syauqi. Muhaimin tersenyum hambar. “Tak lah.”jawabnya pendek. Dia tidak pulang ke Malaysia tahun ini. Sengaja mencari pengalaman bercuti di tempat orang. “Enta ni terlalu berahsia.” Syauqi duduk di birai katil. Pelajar dari Ma’had Muhammadi Lelaki itu memberi komen. “Terpulang pada enta,sodiq. Tapi kadang-kadang,kita perlu luahkan perasaan yang terpendam pada sesorang.”Syauqi masih mengasak Muhaimin.

Satu keluhan berat dilepaskan. Dia duduk di sisi Syauqi. “Enta kenal kan,adik angkat ana?”kening tebal Syauqi berkerut. “Adik angkat yang mana? Enta ada ramai ‘adik’ kat sini.”Muhaimin tergelak halus. “Farah,adik angkat ana yang belajar medic kat Mesir tu.”Syauqi mengangguk mendengar jawapan Muhaimin.

“Dan enta mesti ingat,kawan ana,Harith,pelajar Fiqh Wa Usuluddin yang belajar kat Mesir tu?”sekali lagi,Syauqi mengangguk.

Mereka pernah berjumpa ketika bercuti di Mesir. “So?” soal Syauqi,masih tidak faham apa kaitan Farah dan Harith dalam hal ini. “Mereka dah bertunang.” Jawab Muhaimin. Walaupun hatinya luka,namun kebahagiaan seorang sahabat lebih penting baginya. Syauqi faham sekarang. Sebenarnya Muhaimin tidak balik ke Malaysia bukanlah kerana terlalu ingin mencari pengalaman. Namun berita pertunangan Harith dan Farah yang akan berlangsung bersama dengan majlis pernikahan Faizzah dan Syazwan membuatkan hatinya luka. 

Syurwani tersenyum melihat abangnya yang sedang bahagia. “Mabruk,”ucapnya kepada Farah ketika hendak pulang. Farah menguntum senyum.

Farah hanya tersenyum melihat Harith yang datang ke rumahnya. Harith membalas senyuman yang ‘mahal’ itu. “Ummi,Harith mintak permission,nak bawak princess ummi ni keluar kejap. Boleh tak?”Harith tersengih. Puan Kamariah mengangguk tanda setuju. “Jom Fahmi!” Harith memanggil bakal adik iparnya. Fahmi tersenyum seraya mengangguk. Kopiah diambil dan dipakai. Farah pula sudah siap,berjubah biru tua dan jilbab yang berwarna agak cerah dari jubahnya. 

“Nak pergi mana?”soal Farah kepada Harith. “Nak beli cincin.” Jawab Harith,pendek. Itulah cara mereka berhubungan. Percakapan mereka biasanya ringkas sahaja. Fahmi berbangga dengan kakaknya yang menjaga ikhtilatnya. Izzah dan Faris sudah berumah tangga. Namun keempat-empat mereka tidak pernah ber’couple’. Fahmi sendiri tahu,bukannya tiada yang mahukan Izzah dan Farah,namun kakak-kakaknya memegang prinsip, ‘jual mahal kerana Allah’. Abangnya pula,memendam perasaan selama sepuluh tahun dan akhirnya diijabkabul bersama pilihan hatinya. 

Fahmi pula tidak mahu berbicara soal hati dan perasaan jika ia bukan kerana kemusykilan dalam agama. Dia tidak mahu berbuat dosa dengan mengungkapkan kata-kata cinta kepada wanita ajnabi. Harith dan Farah sudah berada di dalam kedai Habib Jewels. Fahmi mengambil keputusan untuk menanti di luar. Dia ternampak Muhaimin yang baru keluar dari pusat membeli belah.

“Abang Amin!” Fahmi berjabat tangan dengan sahabat kakaknya itu. Fahmi bukannya tidak tahu,Farah dan Muhaimin saling suka menyukai tetapi kerana Harith lebih cepat menyunting,dialah yang bakal memiliki seluruh hidup Farah. “Buat apa kat sini?”soal Muhaimin,ramah. Perkara yang lepas dilupakannya.

“Abang Harith dengan Kak Farah beli cincin.”Fahmi berkata perlahan. Dia tidak mahu mengecilkan hati Muhaimin. Wajah Muhaimin berubah sedikit,namun dia cuba menyembunyikan kepedihan di hatinya. “Owh…barakallahu hima. Jangan cakap tau,Fahmi jumpa abang. Okeylah,assalamualaikum,” Fahmi menjawab salam Muhaimin.

Keceriaan jelas terpancar di wajah Farah dan Harith setelah diijabkabul. Syed Hisyam dan Husna sebagai pengapit pasangan itu,menambah seri di wajah mereka. Azam Asry pula datang bersama isterinya,Syazana dan anak mereka Syamira Arisya. Muhaimin hanya mampu tersenyum. Biarlah…kebahagiaan Harith adalah kebahagiaan dirinya juga. 

**********************************************************************

Sayang.thanks for being my wife.”Harith mengucup dahi isterinya. “Afwan ya zauji.”Farah tersenyum comel. Pipi isterinya dicium. “Abang nak pergi mandi dulu.” Harith tersenyum lalu masuk ke dalam bilik air. Dia yang tadinya kacak berbaju Melayu,kini memakai seluar trek dan t-shirt. Farah masuk ke dalam bilik air. Dia menilik wajahnya di cermin. Jubah dan jilbab berwarna gold masih tersarung di tubuhnya. Selepas mandi,dia mengenakan baju tidur satin berwarna merah jambu. Ketika keluar,dia menutup tubuhnya dengan kain tuala yang juga berwarna pink. Rambutnya masih sedikit basah.

Harith dapat melihat wajah isterinya yang kemerah-merahan menahan malu. Dia hanya duduk di birai katil sambil memerhati. Farah mengelap rambut dan hendak mengikat rambutnya. “Tak payah ikatlah sayang,”Harith menghadiahkan senyuman kepada isterinya. Getah rambut berwarna merah jambu itu diletakkan kembali ke tempatnya. Harith memerhati kamar isterinya yang sudah pastinya berwarna merah jambu. Kebanyakan barang-barang dalam bilik itu berwarna merah jambu lembut. Cukup untuk menzahirkan sikap Farah yang manja dan girlish. Bilik itu tidak dihias menjadi bilik pengantin atas permintaannya sendiri.

“Sini,”Harith menepuk-nepuk tilam,menyuruh isterinya duduk di sisi. Bahu Farah dirangkul. “Sayang…andaikan abang pergi dulu, Farah carilah orang yang sesuai ya?” jelas kelihatan keikhlasan di mata lelaki bernama Ahmad Harith. “Ha…abang, janganlah cakap macam tu. Farah tak suka.”Farah berkata manja. Harith tersengih lalu mencubit pipi tembam isterinya. “Comelnya dia!”Farah hanya tersenyum manja apabila rambutnya disisir oleh Harith.

“Sayang,jom tidur. Abang ngantuk dah ni.”Harith menguap,tanda dia betul-betul mengantuk. “Tidur…?”soal Farah. Harith tersenyum. “Abang tahu apa yang Farah fikir. Abang nak tidur puas-puas malam ni. Layanan dari Farah,malam lain pun abang boleh dapat kan?”Harith menyeringai. Farah tersenyum puas hati dengan jawapan Harith.

**********************************************************************

Selepas solat Subuh,Farah yang melihat suaminya masih tidur,mengejutkan suaminya. Dia tidur kembali. Sewaktu dia bangun untuk kali kedua,jam sudah menunjukkan jam tujuh pagi. Suaminya tertidur dan tersandar di birai katil. “Abang,bangunlah. Kalau nak tidur,tidur atas katil ni.”Farah mengusap rambut Harith. Namun tiada reaksi daripada lelaki itu. “Abang," Farah masih setia mengejutkan suaminya. “Abang?” Farah menggoncang sedikit bahu suaminya. Hatinya mula resah. Jarinya diletakkan di hidung suaminya. Tiada hembusan nafas. Air mata Farah mengalir.

Farah log in akaun Facebooknya.

‘Ahmad Harith, ana uhibbuka abadan abada,ya zauji. Farah tahu,abg x boleh bace post Farah,sbb abg dh tinggalkn Farah,jauh sgt… Maafkn Farah,Farah x mampu hadapi smua ni… Farah akn anggap abg ttp bace post ni,dan Farah akn anggap abg ada di sisi Farah,selamanya… Hari ini,gugurlh seorg mujahid cinta-Mu.ya Rabb…ampunkn dosa2nya,dan tmpatknlh dia d klgn para syuhada’. Semoga ada bidadari yg mnunggu abg di sana…’

Ada manik-manik kristal yang jatuh dari mata Muhaimin. Dia sudah mendapat berita kematian Harith pagi tadi. Status Facebook Farah membuatkan dia semakin sedih. Sahabat yang berjanji akan sehidup semati dengannya telah pergi meninggalkan dirinya. Yang tinggal hanyalah secebis memori suka dan duka mereka.

‘Harith,aku tak kisah kalau kau berjaya curi hati Farah. Aku langsung tak kisah. Tapi aku tak sanggup kehilangan kau. Harith,andai waktu boleh diputar.’ Muhaimin bermonolog. Dia melihat album gambarnya semasa berada di sekolah menengah. Harith… Nama itu bermain-main di fikirannya. Dahulu,Harithlah yang sentiasa bersamanya walaupun dia suka mengenakan orang lain. Kini semuanya hanyalah satu memori.

Muhaimin menghadirkan diri ke banglo Puan Kamariah dan Encik Alwi. Eksekutif muda itu disambut baik. Farah tidak mampu menghadiahkan senyuman kepada lelaki itu. Apabila melihat wajah Muhaimin,serta merta otaknya akan teringat kepada Harith. Muhaimin memandang Farah yang sembap wajahnya. Namun gadis itu masih comel seperti selalu. 

**********************************************************************

Farah memimpin tangan Amirah Balqis yang berusia dua tahun. Dia seronok menjadi ibu sementara kepada anak kakaknya itu. Setelah pulang dari hospital,dia terus membawa Amirah Balqis ke taman. Faizzah dan Syazwan ke oversea selama dua bulan atas urusan kerja. Anak kecil itu dipakaikan blaus berwarna merah jambu. Kasutnya berwarna putih. Klip rambut yang comel turut dilekatkan di rambut Amirah Balqis. 

Amirah Balqis seronok berlari-lari di taman permainan. Letih juga Farah hendak mengejarnya. Mujurlah dia memakai blaus dan seluar,bukan jubah atau baju kurung. Farah menyuakan aiskrim yang dibeli. Amirah Balqis tertawa comel. Dia kembali berlari.

Bupp! Anak saudaranya rebah kerana terlanggar seorang lelaki. “Mira okey?”Farah menggosok lutut anak buahnya. “Maaf,”Farah meminta maaf kepada lelaki tadi. “La ba’sa ukhti.”Farah terkejut tatkala mendengar suara lelaki itu. Benarkah rijal yang berada di hadapannya itu Muhaimin?

Muhaimin tersenyum. “Datang dengan Mira aje ke?”soal Muhaimin. Farah mengangguk. Mereka senyap.

Muhaimin gembira kerana Farah sudah kembali seperti biasa. Menjadi seorang yang manja dan periang. “Auntie,”panggil Amirah Balqis sambil menarik-narik baju ibu saudaranya. Dua tocang di kepalanya membuatkan Amirah Balqis kelihatan sangat comel. “Kenapa sayang? Nak main lagi ek? Main nantilah pulak,auntie dah letih ni. Okey sayang?” Farah cuba memujuk anak saudaranya.

Muhaimin tersenyum melihat cara Farah melayan anak saudaranya. Dia bukannya tidak tahu,Farah sukakan budak-budak. Lebih-lebih lagi yang berpipi tembam. Wajah Amirah Balqis berubah kelat. “Farah,biar saya yang jaga dia. Boleh kan?”Muhaimin memandang wajah Farah. Farah yang memandang ke arah lain,mengangguk. “Jom sayang,ikut uncle,”Muhaimin memimpin tangan Amirah Balqis. Farah hanya tersenyum melihat anak saudaranya yang bermain bersama Muhaimin.

“Nak pergi pantai tak? Kita main laying-layang,”Amirah Balqis melonjak kegembiraan mendengar soalan Muhaimin. Farah hanya ikut dari belakang. “Uncle duduk sini,Mira dengan auntie duduk hujung sana. Nanti layang-layang ni naiklah,”Muhaimin memegang hujung tali layang-layang. Farah pula meletakkan layang-layang di tangan Amirah Balqis. Dia menjerit kesukaan apabila layang-layang itu terbang ditiup angin.

“Nak dinner kat KFC tak? Solat Maghrib ajelah kat masjid.”Farah memandang wajah Muhaimin. Sesaat kemudian,pandangan matanya dialih beserta dengan istighfar. “Kejap,saya call ummi.” Muhaimin mengangguk mendengar kata-kata Farah. “Hmm,ummi benarkan.” 

“Kereta awak kat mana?”soal Muhaimin. “Dekat playground tadi.” Jawab Farah,pendek. “Hmm..macam nilah,malam ni kita pergi funfair. Naik kereta saya dulu. Then saya hantar awak balik.” Dahi Farah berkerut mendengar penjelasan Muhaimin.

“Habis macam mana saya nak pergi kerja?”soal Farah. “Awak kerja kat HSNZ kan? Macam ni,pagi esok saya jemput,then saya hantar kat kereta. Pantai ni kan dekat aje ngan hospital. Takkanlah duduk hampir enam tahun kat Mesir sampaikan tak ingat dah kat Terengganu,”usik Muhaimin. Dia tahu,Farah bukannya tidak ingat tapi dia berdebar kerana bercakap dengan seorang lelaki ajnabi. Farah tersenyum malu. Muhaimin memandu ke masjid berhampiran. “Jom,”ajak Muhaimin yang sudah keluar dari kereta. Farah menjadi serba salah. “Err…errr…errr…”

“Oh…takpe,saya faham. Masalah perempuan,kan? Saya pergi dulu,”Muhaimin tersengih lalu masuk ke dalam masjid. Wajah Farah merah menahan malu. Azan Isyak pula berkumandang. Farah sudah agak yang Muhaimin turut solat Isyak di masjid.

Pintu kereta dibuka. Muhaimin masuk dan duduk di tempat pemandu. Farah memandang ke luar tingkap. Wajahnya masih merah seperti tadi. “Dah lah tu cik adik,tak payah nak malu lah. Bukannya ada apa pun kat luar tu,”Muhaimin tersenyum memandang Farah yang hanya memandang ke luar tingkap. Farah memalingkan wajahnya ke depan. 

Muhaimin meneruskan pemanduannya. Amirah Balqis yang tadinya tidur,menjadi segar kembali apabila melihat permainan-permainan yang dihiasi lampu berwarna-warni. “Kita naik yang tu dulu,”tunjuk Muhaimin ke arah roda Ferris yang berputar. Farah hanya mengangguk dan mengikut Muhaimin membeli token.

Farah duduk bersama anak saudaranya manakala Muhaimin duduk di kerusi bahagian depan. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu menangkap gambar Farah bersama anak saudaranya. Agak banyak gambar yang diambilnya. “Tolong snap gambar saya dengan Mira,”Farah mengambil telefon bimbit yang dihulur. Amirah Balqis kelihatan ceria bersama Muhaimin.

“Err,boleh saya tengok gambar-gambar tadi?”Farah meminta izin. Muhaimin mengangguk. Farah terkedu melihat banyak gambarnya di dalam memory card Muhaimin. “Nak Bluetooth boleh tak?”Muhaimin hanya mengangguk. Biarlah Farah melihat gambar-gambarnya yang disave di dalam memory cardnya. Farah membuka file yang diberi nama “Happiness of The Guardian”. Jika dalam bahasa Arab,happiness ialah farah manakala guardian ialah muhaimin. Dia memandang Muhaimin yang leka bermain bersama Amirah Balqis. ‘Maaf sebab tak mintak permission,’kata Farah dalam hati.

Dia lebih terkejut apabila melihat masih banyak gambarnya di dalam memory card telefon bimbit Muhaimin. Gambar-gambar sejak dia tingkatan satu pun ada. Rasanya dia hanya meletakkan gambar-gambar itu di akaun Facebooknya. Takkanlah Muhaimin download gambar dari Facebook?

“Maaf,sebenarnya saya dah lama simpan perasaan kat awak.”luah Muhaimin. Farah terkedu. Muhaimin menyimpan kembali telefon bimbit di dalam poket. Farah hanya mendiamkan diri. Tak guna juga kalau dia meluahkan perasaan sayangnya kepada Muhaimin,hanya menambah dosa.

Farah berubah menjadi seorang yang pendiam selepas Muhaimin meluahkan perasaannya. Jika Muhaimin bertanya,dia menjawab dengan agak kasar.“Esok saya jemput,”Farah hanya mengangguk. Langsung tidak mengucapkan terima kasih.

‘Salam…sy mntk maaf psl td,k? sorry sgt2..n thanks utk evrything’..’ Farah menekan butang send.

‘Wslm ya habibati…la ba’s..sy xksah..maafkn sy jgk sbb trlalu brtrus trg..welcome..’

Farah terkesima membaca mesej Muhaimin. Habibati ? Ya Allah,kenapalah dia panggil aku sayang pulak? Keluh Farah.

**********************************************************************

Pagi itu,Muhaimin menghantar Farah ke keretanya. Farah menghadiahkan senyuman kepada Muhaimin. Dia masuk ke dalam kereta dan memandu ke hospital.

“Farah,lepas Muhaimin hantar Farah tadi,dia datang dengan family dia. Datang meminang,”beritahu Puan Kamariah kepada anaknya. Farah terkedu.

“Nak terima tak? Ummi ikut Farah aje,”soal Puan Kamariah. “Kalau ummi rasa dia soleh dan baik,terima ajelah. Farah ikut aje.”Farah tersenyum ikhlas. “Betul ke ni sayang?”soal Puan Kamariah lagi. “Betul.”Puan Kamariah tersenyum gembira mendengar jawapan Farah.

**********************************************************************

Farah mengetuk pintu bilik dan memberi salam. “Waalaikumussalam,tafaddhol biddukhul,”sahut orang yang berada di dalam bilik. Farah memulas tombol. Tangannya terketar. Muhaimin tersenyum memandang wajah gadis itu.

“Meh duduk sini,”panggil Muhaimin. Farah hanya menurut. “Hey sayang,janganlah senyap macam tu.”Muhaimin memandang wajah Farah. “Kalau kat Facebook bolehlah Farah nak gaduh-gaduh,gelak-gelak,tapi kenyataannya tak macam tu,”jawab Farah perlahan. Muhaimin hanya tersenyum.

**********************************************************************

“Dua-dua cute macam mama dia,”puji Husna. Farah mencebik. Husna tertawa. Dia begitu gembira kerana Farah dapat hadir ke majlis perkahwinannya dan Syurwani. Mereka bertemu ketika sama-sama menuntut di Birmingham University.

“Banyaklah…mana Syur?”soal Farah. “Ada kat belakang. Eh,nama kembar ni apa?”soal Husna. “Yang abang,Muhammad Mujahid Hafizuddin dan yang adik,Farhana Qaisara.”Farah tersenyum. “Maksud nama?”soal Husna. Dia sudah lupa bahasa Arab kerana lama tidak menggunakannya. “Erm,pejuang penjaga agama yang terpuji dan kebahagiaan permaisuri.”Husna tersenyum mendengar jawapan Farah. “Takde niat nak tambah lagi ke?”soal Husna,mengusik. Wajah Farah merona. “Awak tu,cepat-cepat beranak.” Husna mencebik mendengar usikan Farah.

“Orang kata kat dia,dia kata kat orang pulak.” Farah hanya tersengih mendengar leteran sahabatnya. Muhaimin yang berada di sisi isterinya hanya tersenyum mendengar usikan Husna. “Husna, macam mana boleh terpikat kat Syurwani tu? Nak kata handsome, handsome saya lagi.” Muhaimin tersengih. “Ehem…ehem..” Syurwani berdehem dari belakang. Muhaimin hanya tersengih,menampakkan barisan giginya. “Kau ni Min,anak dah dua pun still macam tu.” Muhaimin tergelak mendengar kata-kata Syurwani.

“Aku kes special, sekali beranak dua orang. Kiranya baru soranglah anak,” Syurwani mencebik mendengar kata-kata rakannya. Muhaimin ternampak Wan Nur Amira yang datang bersama Fathurrahman. “Hai Mira,hai Fathur,”tegur Farah. Farah dan Wan Nur Amira berpelukan dan bertanya khabar. Ukhwah yang dibina sejak berada di tingkatan satu terasa mengalir di dalam badan. Muhaimin memandang Wan Nur Amira yang memakai seluar jeans berwarna putih dan blaus berwarna merah jambu. Tudungnya pula tudung biasa berwarna merah jambu. 

Berlainan dengan Farah yang lebih gemar berjubah dan berjilbab. Kalau tidak berjilbab pun,dia akan memakai tudung labuh. Tudung bersaiz biasa telah lama tiada dalam almari bajunya. Fathur merenung tajam Muhaimin yang sedang memerhatikan Wan Nur Amira. Bukannya dia tidak tahu, Muhaimin pernah menyimpan perasaan terhadap isterinya.

Husna dan Syurwani turut serta bersama rakan-rakannya yang sedang makan. Mereka makan sambil mengimbau kenangan manis yang semuanya disebabkan oleh Facebook. Keadaan di meja mereka bertambah ceria apabila Nora datang bersama Danish,manakala Syed Hisyam datang bersama Hamidah. “Farah, awak ingat tak dulu, kita pernah tukar-tukar nombor IC sebab malu nak bagitahu ranking masing-masing. Masa tu kita tingkatan satu,final year exam. Tak sangka pulak lepas tu kita sekelas sampai form five.” Farah tersenyum mendengar kata-kata Fathur.

“Ha’ah,ingat. Masa tu ranking Hisyam dengan Amira je yang boleh tahan. Diorang kelas pertama,kita kelas ketiga. Then masa final year exam form two result kita semua okey,kelas pertama sampailah form five.” Farah menambah. Muhaimin dan Syurwani hanya menjadi pendengar. 

Farah dan Muhaimin meminta diri untuk pulang. Farah tersenyum gembira kerana dapat bertemu rakan-rakan karibnya. Dia mendapat satu idea untuk mengadakan majlis reunion.

Dalam kepala Muhaimin pula,hanyalah Wan Nur Amira.

**********************************************************************

Farah dan rakan-rakannya bersepakat mahu mengadakan reunion di Sumai Apartments And Hotel. Lebih dua ratus invitation telah dihantar melalui Facebook. Hanya ada beberapa orang yang tidak boleh hadir.

Farah mengenakan jubah moden berwarna hitam dan glitter di jubahnya berwarna merah jambu. Jilbabnya pula berwarna merah jambu. Muhaimin pula berkemeja hitam dengan seluar jeans berwarna hitam. Dia ternampak Wan Nur Amira yang memakai baju kurung moden berwarna hitam dan bertudung putih. Kakinya yang putih melepak dialas dengan kasut tumit tinggi berwarna putih.

Kebanyakan daripada mereka sudah berkahwin. Banyak perubahan yang dapat dilihat berbanding dengan lapan tahun lalu. “Abang nak keluar kejap,”Farah hanya mengangguk mendengar kata-kata Muhaimin. Selepas menghadiri kenduri Husna dan Syurwani, perangai Muhaimin berubah. Telefon bimbit sentiasa ada di tangannya. Anak-anak pula dipinggirkan.

“Farah,nampak Amira tak?” soal Fathur. Farah menggeleng. “Tadi dia kata nak keluar.” Fathur bermonolog. “Muhaimin pun keluar tadi. Jom kita keluar,manalah tahu,kot-kot Amira pun ada kat luar.” Cadang Farah. Fathur mengangguk.

Mereka berdua keluar dan melihat ke arah pantai. Dalam samar-samar,kelihatan seorang lelaki berjalan bersama seorang gadis. “Fathur,cuba tengok kat sana.” Fathur melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Farah. “Amira dengan Muhaimin.” Dengus Fathur. Farah tertunduk malu. Malu kerana suaminya langsung tidak menunjukkan contoh yang sakinah buat dirinya dan malu kerana seorang isteri yang merupakan kawannya keluar dengan suami orang lain.

“Dah lah Farah,maybe mereka terserempak tadi. Then jalan sama-sama. Kita tengok jelah apa yang akan terjadi untuk masa akan datang.” Farah mengangguk mendengar kata-kata Fathur. “Fathur,kejap. Saya bukan nak tuduh suami saya ataupun Amira curang. Tapi,awak pun perasan kan,Muhaimin dengan Amira mesra semacam aje sejak kenduri Husna dan Syurwani hari tu. And sejak hari tu,Muhaimin tak pernah berenggang dengan handset. Saya nak tengok siapa hantar mesej pun dia tak kasi. Tapi suatu hari,saya nampak nama Amira. Tak tahulah Amira mana. Tapi…” Farah tidak mampu meneruskan kata-kata.

“Samalah dengan Amira. Sekarang tak pernah berenggang dengan handset. Fakhira pulak dah macam takde mama.”luah Fathur. Farah tersenyum pahit. 

**********************************************************************

Farah menyangkut pakaian khas untuk doctor di biliknya. Dia mahu makan tengah hari di luar. Bosan dengan makanan kantin. Dia memandu menuju ke A&W yang jaraknya tidak sampai satu kilometer dengan hospital. Dia memilih untuk makan di luar. Angin pantai yang bertiup menampar-nampar pipi gebunya. “Eh,you Farah. Biasa lunch kat kantin aje kan?”tegur Jason,salah seorang doctor di hospital. Farah tersenyum. “Bosanlah makan tiap-tiap hari kat kantin tu. Duduklah,”Farah mempersilakan Jason duduk bersamanya. 

“Eh,takpe ke? Takde orang marah?”usik Jason. Farah mencebik. “Farah,you rasa boleh ke I nak jadi seorang muslim?”soalan yang dilontarkan oleh Jason membuatkan Farah bertahmid,bersyukur. “Of courselah boleh. Islam is for all. You berminat ke?”soal Farah. Jason mengangguk walaupun dia sebenarnya malu. “I tengok adik I, Joanna atau nama Islamnya, Aina tu hidup in peace aje lepas convert ke Islam. And I admit,kadang-kadang I intai you bila you baca Quran.” Jason tersengih. 

“Tak eloklah you buat macam tu. Hmm,by the way, I rasa better you belajar dengan Luqman. Dia schoolmate I dulu. Eh,entah-entah you nak peluk Islam sebab nak kahwin dengan orang Melayu…”Farah mengusik. Jason tertawa. ‘Farah,kalaulah you tak kahwin lagi…’ Jason bermonolog.

“Takdelah. Siapalah yang nak kat I ni…”Jason merendah diri. Umurnya sudah 28 tahun. Namun dia belum berminat dengan sesiapa selain Farah. “Esok I nak kenalkan you dengan someone.” Kata Farah.

“Eh,tu bukan husband you ke Farah?” soal Jason. Farah menoleh. Dia terkedu. Muhaimin dan Amira berpegangan tangan,berjalan di tepi pantai. Kadang-kadang tangan Muhaimin merangkul pinggang Amira. Amira pula nampaknya memberi respon. Rambut Muhaimin digosok-gosok. Satu ciuman hinggap di pipi Muhaimin. Farah mengeluarkan telefon bimbitnya,lalu dia menangkap gambar suaminya yang sedang bermesra dengan Amira.

Farah termenung jauh. ‘Mana maruah awak berdua?’ Farah bermonolog. “Farah,sorry…” Jason serba salah. “Takpe,you did the right. Ingat tau,esok I nak kenalkan you dengan senior I.” Farah bangun dan berlalu pergi. Makanan yang dibeli diletakkan dalam plastic dan dia pulang ke rumah. 

**********************************************************************

Mujahid dan Qaisara yang ditinggalkan di taska diambil. “Puan,Mujahid dengan Qaisara belum makan tengah hari. Puan nak tunggu dia makan dulu atau nak bawak balik?” soal seorang pekerja. “Takpelah,saya bawak dia pergi makan. Thanks sebab inform ya. One more,tak payahlah berpuan-puan dengan saya. Kalau umur awak lebih dari 26,panggil saya Farah. Kalau umur kurang dari 26,panggil saya akak. Okey?”Farah tersenyum manis. “Okey pu..Farah. baru 26 ya? Muda dari akaklah.” Pekerja tadi berkata dengan mesra. Farah membalasnya dengan senyuman. “Jom Jihad,Sara. Assalamualaikum kak,” Farah memimpin tangan anaknya masuk ke dalam kereta.

‘Baru 26 rupanya. Patutlah muka macam budak U lagi. Tak heranlah kahwin awal,budak beragama,cantik pulak tu.’ Pekerja tadi bermonolog.

“Jihad dengan Sara nak makan kat mana?” soal Farah kepada anak-anaknya. “McD.”jawab mereka serentak. Walaupun masih pelat dengan bahasa mereka, Farah faham apa yang diucapkan Mujahid dan Qaisara. Agak ramai pelanggan di restoran makanan segera McDonald. Farah membawa anak-anaknya order makanan terlebih dahulu. 

Kedukaan Farah sedikit terubat apabila melihat anak-anaknya gembira. Selepas makan,mereka membeli belah di Giant. Farah tidak perlu risau tentang solat kerana dia tidak boleh solat. Mujahid dan Qaisara merengek-rengek,meminta agar dibelikan mainan. Farah tidak membantah. Dia memilih mainan yang dirasakan mampu mengembangkan daya pemikiran anak-anaknya.

Mereka naik ke bahagian atas kerana Farah mahu membeli sehelai dua jubah. Setelah memilih jubah yang menepati cita rasanya,anak-anaknya merengek mahu membeli pizza pula. Farah tersenyum dan menggeleng kepala. “Tadi kan Jihad dengan Sara dah makan?”dia menggosok kepala anaknya. Mujahid dan Qaisara menarik muncung. Farah tergelak.

“Alah anak mama ni…mama usik aje. Jihad ngan Sara nak pizza ya? Jom kita pergi Pizza Hut,”selepas mendengar kata-kata mama mereka, Mujahid dan Qaisara kembali berceloteh. Farah membeli dua kotak pizza dan balik ke rumah. Mujahid dan Qaisara duduk di ruang tamu,menonton televisyen. Saluran Cartoon Network menjadi pilihan mereka. Farah tidak menukar bahasa kerana mahu anak-anaknya lebih mesra dengan bahasa Inggeris. 

Selepas Farah mandi,dia duduk bersama anak-anaknya. Sekotak pizza diambil. Anak-anaknya disuap pizza sambil menonton televisyen. 

“Assalamualaikum.” Muhaimin memberi salam. Mujahid dan Qaisara berlari menuju ke arah papa mereka dan memeluk paha Muhaimin. “Tepilah…papa letih ni…”Muhaimin memberi respon kurang menyenangkan. “Dengan anak-anak letih,dengan Amira tak letih pulak..” Farah menyindir. Muhaimin terkesima. “Muhammad Mujahid Hafizuddin,Qaisara Farhana,sini sayang. Papa letih tu. Don’t disturb him.” Mujahid dan Qaisara yang merajuk duduk di paha mama mereka. 

Selepas makan malam,Mujahid dan Qaisara tidur kerana keletihan selepas berjalan hampir dua jam di Giant tadi. “Farah,kenapa cakap pasal abang dengan Amira?” soal Muhaimin yang tadinya membaca majalah semasa Farah pergi ke bilik Mujahid dan Qaisara. “Habis ni,apa?” Farah menunjukkan gambar-gambar yang ditangkapnya tadi. Wajah Muhaimin merah. Farah tidak tahu sama ada dia marah atau malu. 

“Bullshit!” Muhaimin melepaskan geram. “Siapa yang snap gambar tu? Pandai-pandai nak fitnah orang.” Muhaimin cuba untuk menutup kesalahannya. “Farah snap sendiri. Jangan tuduh orang lain pulak. Selama ni Farah dengar cerita aje,sekarang dah terbukti. Kenapa abang buat macam tu?”

Muhaimin memegang tangan isterinya. Farah mengaduh. “Jangan nak menyibuklah. Tu hal aku.” Farah hanya mendiamkan diri. “Kalau betullah tu hal abang sorang,maknanya Farah bukan isteri abang. Mana hak Farah untuk tahu pasal abang?” soal Farah.

“Kau memang tak nak jadi isteri aku ek? Okey fine,now,keluar dari rumah ni!” Muhaimin melepaskan geram. Farah tercengang. Dia tersenyum sinis. “Kalau macam tu…saya dah takde haklah nak tinggal dalam rumah ni,kan? Tumpang lalu,saya nak bawak anak-anak pindah kat rumah lain.” Farah mengemaskan barang-barangnya,lalu dia mendukung Mujahid dan Qaisara masuk ke dalam kereta. “Farah,please…abang tak sengaja..”Muhaimin yang baru sedar merayu. Tangan Farah dipegang,namun Farah menepis.

**********************************************************************

Farah serba salah apabila Muhaimin meminta untuk tinggal bersama kembali. Dia kasihankan anak-anaknya yang memerlukan papa mereka. Dia juga masih menyintai Muhaimin. Tapi…pelbagai andaian masuk ke benaknya. 

Telefonnya mengalunkan lagu kegemarannya dan Muhaimin iaitu I Lay My Love On You oleh Westlife. Dia melihat nama pemanggil. ‘Fathur’. Dia menekan butang berwarna hijau.

“Assalamualaikum. Farah,Fathur ni.”

“Waalaikumussalam. Ya,tahu. Kenapa?”

“Saya harap awak kembali kepada Muhaimin. Biarlah kita bahagia dengan pasangan masing-masing. And tolong maafkan isteri saya.” Suara Fathur kedengaran seperti merayu.

“Hmm..untuk kembali tu,saya tak pasti tapi saya memang dah maafkan Amira.”

“Okeylah. Keputusan ada di tangan awak. Assalamualaikum.”

Selepas menjawab salam Fathur,Farah duduk di atas sofa. Anak-anaknya sudah tidur. Ringtone mesej pula berbunyi. Mesej dari Muhaimin.

‘Salam..syg,tlg bukak pintu..abg nk jumpe syg..’

Farah mengetap bibir. Dia melihat keluar. Muhaimin melambai. Dentuman guruh kedengaran. Tidak lama kemudian,hujan rintik-rintik mulai turun. Muhaimin berdiri di bahagian yang beratap. Dia memeluk tubuh. Hujan yang semakin lebat tidak mematahkan semangatnya yang mahu berjumpa Farah. Farah hanya memandang. Dia melihat Muhaimin yang duduk dan memeluk lutut. Bajunya sudah basah kerana terkena tempias hujan yang semakin menggila.

“Farah…”Muhaimin mengeluh. Pancaran kilat membuatkan Farah tidak sampai hati mahu membiarkan suaminya kehujanan di luar. Dia masuk ke bilik dan mengambil sehelai tuala. Dia membuka pintu. Muhaimin sudah pengsan di luar. Farah memapah suaminya masuk ke dalam rumah. Badannya sendiri sudah basah. Dia mengelap rambut Muhaimin. Muhaimin mencelikkan mata. 

“Farah?”dia masih merasakan bahawa dia bermimpi. Farah tidak menjawab. Muhaimin memandang Farah yang berbaju tidur namun dia memakai pijama di dalam balutan baju tidur itu. Tudung Farah basah. Begitu juga bajunya. Baju yang basah itu membentuk mengikut tubuh badan Farah. “Apa tengok-tengok?” soal Farah. Muhaimin hanya tersengih. Dia batuk-batuk.

“Pergilah mandi dulu,nanti saya masak.” Farah memberi sehelai tuala yang masih kering. Muhaimin bangun dan menuju ke bilik air. Dia keluar hanya dengan memakai tuala. “Hehe..sayang tak bagi baju tadi,”Farah mengetap bibir.

Dia naik ke atas dan mencari baju dan seluar untuk Muhaimin. “Hmm,baju ni aje yang saya rasa sesuai.” Farah menyerahkan sehelai t-shirt dan seluar trek kepada Muhaimin. Muhaimin masuk ke dalam salah sebuah bilik dan menukar pakaian.

“Nah,”Farah menghulurkan sweater kepada Muhaimin. “Thanks.” Suara Muhaimin serak kerana selsema. Farah bangun dan menuju ke dapur. Bubur yang dimasaknya diletakkan ke dalam mangkuk. Dia membancuh segelas milo panas. Makanan dan minuman itu dibawa ke ruang tamu. “Makanlah.” Kata Farah,sepatah. “Takde selera,”ucap Muhaimin,perlahan. Farah merenung suaminya. “Nak saya suapkan?”soalnya. Muhaimin tersengih lalu mengangguk. “Manja,”Farah mencebik. Muhaimin tergelak. “Jangkit dengan sayanglah ni,” Muhaimin mencium pipi isterinya. Farah menyuapkan bubur ke mulut Muhaimin.

Selepas makan,kelopak mata Muhaimin hampir tertutup. “Pergilah tidur kalau ngantuk,” Farah memandang suaminya. “Abang tidur kat sini je lah.”Muhaimin tersenyum. “Kenapa pulak? Pergilah tidur dalam bilik,” dahi Farah berkerut. “Takpe, abang tidur kat sini.”Muhaimin masih dengan keputusannya. “Kat sini sejuklah. Pergilah tidur dalam bilik,”Farah memegang tangan Muhaimin. Muhaimin yang merasakan sentuhan yang sejuk di tangannya memandang,tidak percaya bahawa Farah memegang tangannya. Wajah Farah merona dan dengan pantas,tangannya ditarik.

Muhaimin merenung isterinya. “Kenapa?”soal Farah. Muhaimin menggeleng. “Jom tidur,”tangan Farah ditarik masuk ke dalam bilik bersamanya. “Awak tidur dulu,okey?”Farah memandang suaminya lalu tersenyum. Namun senyumannya pudar setelah Muhaimin menggeleng. “Kenapa pulak?” soal Farah. “Kenapa sayang panggil abang macam tu? I’m your husband,okey.” Suara Muhaimin kedengaran tegas. 

“Okey,abang..” Farah menekankan perkataan ‘abang’. “Oh,menyindir ya?”Muhaimin menggeletek tubuh isterinya. Farah tergelak. “Pergilah tidur,dah pukul dua belas ni. Abang dah lah selsema,” 

“Sayanglah ni,biarkan abang duduk kat luar sorang-sorang tengah hujan macam tu,” Muhaimin menjelir lidahnya. “Dah hari tu abang kan tak nak tinggal dengan Farah. Farah ingatkan abang nak duduk kat luar tu,”sindir Farah. “Sayang…” Muhaimin memandang wajah selamba isterinya. “Hee,sorry,” Farah tersenyum comel. “Dah lah tu,jom tidur.”Muhaimin merangkul pinggang isterinya.

“Abang marah Farah ek?” Farah bertanya manja. Muhaimin tidak menjawab. Farah hanya membiarkan. Dia cuba melelapkan mata. Biasanya,jika hujan begini mudah saja dia hendak melelapkan mata,tapi tidak sekarang. 

Jam 3 pagu barulah matanya benar-benar terpejam.

“Assalamualaikum,sayang,dah subuh ni. Wake up dear,” Muhaimin mengusap kepala Farah. Farah yang masih mamai memandang suaminya yang sedang senyum. “Tu lah,tidur lagi pukul tiga. Pergi solat dulu.” 

“Macam mana abang tau Farah tidur pukul tiga?” soal Farah yang baru selesai solat Subuh. 

“Semalam lepas sayang betul-betul tidur baru abang tidur. Fikir apa sampai tak boleh tidur?” soal Muhaimin. “Hmm..entah,” jawab Farah,pendek. “Kalau pasal abang tak jawab soalan sayang semalam tu,sorry ek. Saja nak uji sayang.” Farah hanya mencebik mendengar kata-kata suaminya.

“Jihad dengan Sara dah bangun ke belum ek?”soal Muhaimin. “Tak bangun lagi. Kejap lagi diorang bangunlah tu. Abang. Farah nak turun dulu. Breakfast tak siapkan lagi.” Muhaimin mengangguk mendengar kata-kata isterinya. “Jom,” tangan isterinya dipegang kemas dan mereka menuruni anak tangga bersama.

Semasa menghancurkan telur di dalam kuali, Farah menyanyi kecil. Muhaimin menjeling.

Kaulah bidadari dalam hidupku..Yang selalu hadir di dalam mimpiku..Bunga yang selalu harungi hariku..Anugerah Tuhan yang sempurnakanku..” Muhaimin tersenyum nipis semasa Farah memandangnya. Dia terus menyanyikan lagu Yang Sempurnakanku oleh kumpulan 6ixth Sense itu.

Bila kau jauh..Aku selalu rindu..Bila kau ada..Hatikan berbunga..Ku akan selalu menjadi bintangmu..Menerangi gelap dan mimpimu..Aku setia di sini mengusap tangismu..Menemani sunyi di hatimu..” Akhirnya mereka menyanyi bersama.

Farah dan Muhaimin tergelak. “Papa!” Mujahid dan Qaisara terjerit keriangan melihat papa mereka. Muhaimin memeluk putera dan puterinya. “Jihad dan Sara mandi dulu,biar papa mandikan. Biar mama siap masak,” Muhaimin memandikan anak-anaknya. 

“Sayang,ingat tak esok hari apa?”soal Muhaimin. “Of courselah ingat,birthday Jihad dan Sara,kan?” Muhaimin mengangguk dan tersenyum. “Hadiah birthday,kita pergi cuti kat oversea,tapi bukan esoklah. Minggu depan,okey?” Farah mengangguk mendengar kata-kata Muhaimin.

**********************************************************************
Farah mengambil telefon bimbitnya yang berbunyi. 

Just a smile and the rain is gone

Can hardly believe it (yeah)

There's an angel standing next to me

Reaching for my heart

Just a smile and there's no way back

Can hardly believe it (yeah)

But there's an angel calling me

Reaching for my heart

I know that I'll be ok now, this time it's real

I lay my love on you, it's all I wanna do

Everytime I breathe I feel brand new

You open up my heart

Show me all your love, and walk right through

As I lay my love on you

I was lost in a lonely place

Could hardly even believe (yeah)

Holding on to yesterday

Far, far too long

Now I believe its ok cause this time it's real

I never knew that love could feel so good

Like once in a lifetime, you change my world

I lay my love on you

You make me feel brand new

Show me all your love, and walk right through (oh yeah)

As I lay my love on you

I lay my love on you

You make me feel brand new

You open up my heart

Show me all your love, and walk right through (oh yeah)

As I lay my love on you

As I lay my love on you”

Suara suaminya yang menyanyikan lagu I Lay My Love On You membuatkan Farah terharu.

Dia turun ke bawah. Suaminya tersenyum. “Thanks abang,” Farah mengucup pipi suaminya. “La syukran a’la wajib,” jawab Muhaimin sambil tersengih. Mujahid dan Qaisara memandang papa dan mama mereka. 
“Kenapa pandang mama dan papa macam tu,sayang? Abang,hari ni kita dinner kat luar,eh? Pergi Secret Recipe ke,or somewhere else..” Muhaimin mengangguk mendengar cadangan isterinya. “Sayang,abang ada a better idea. Kita pergi beli kek kat Secret Recipe,beli makanan then picnic kat pantai. Amacam?” Farah memandang wajah suaminya lalu tersenyum.

Selepas solat Asar,Muhaimin membawa isteri dan anak-anaknya ke kedai kek Secret Recipe.

“Jihad dengan Sara nak kek mana?” soal Muhaimin. Mujahid menghalakan jari telunjuknya yang comel ke arah sebiji chocolate cheese cake manakala Qaisara pula memilih chocolate mud cake. Farah dan Muhaimin saling berpandangan. Muhaimin menelan air liur. ‘Habis seratus enam puluh duit aku hari ni,’ dia bermonolog. ‘Demi anak,takpelah…’ Muhaimin cuba untuk mempositifkan fikiran. 

Selepas itu,mereka ke KFC. Farah memilih set combo dan burger. Mujahid dan Qaisara hanya memerhati mama dan papa mereka yang sedang menghamparkan tikar. Farah hanya mengeluarkan chocolate mud cake. Mujahid dan Qaisara duduk di atas tikar.

“Sayang,happy birthday,”Farah mencium dahi Mujahid dan Qaisara. Begitu juga Muhaimin. Farah mengeluarkan kamera Olympusnya yang berwarna merah jambu. Dia seronok melihat anak-anaknya yang sedang makan. Farah memandang suaminya yang sedang termenung.

“Kenapa bang?”soalnya. “Tak ada apa-apa,Cuma teringat kat arwah Harith,”Muhaimin menjawab perlahan. Angin pantai meniup rambutnya. Farah tersenyum nipis. Nama itu akan kekal dalam hatinya. 

"Ya Allah..tulusnya kasih-Mu kerana masih memberikan aku peluang untuk kembali bersama keluarga..Aku masih perlukan hidayah-Mu untuk menempuh likuan hidup yang penuh onak dan duri.. Hidayah kini dirasakan seperti amat susah untuk diperoleh..bimbinglah hambamu yang dhaif ini,ya Rabbi..izinkan aku menjadi mujahid cinta-Mu.."

-TAMAT-



No comments:

Post a Comment